PENGALAMAN PERTAMA MENGANDUNG DAN BERSALIN

semua wanita mempunyai hasrat untuk mengandung dan memiliki cahaya mata sendiri.Alhamdulillah setelah sebulan lebih aku berkahwin pada tahun 2014 aku disahkan mengandung.tapi masa tau aku mengandung tu sebabnya rakan-rakan sekerja yang suruh aku check mengandung ke idak..aku rileks lagi siap kata baru sebulan lebih kawin baru lg..tak mengandung aih.atas desakan rakan  aku pun terus buat UPT test kat tempat keja.tengok2 ada naik 2 line.aik betoi ka ni??bila tanya kat kakak senior yang banyak pengalaman kata ha sah dah mengandung tu..aku bersyukur sangat2.Allah bagi rezeki anak tu cepat. 

Saat mengandungkan si kecil ni aku tidak mengalami morning sickness masa awal2 kandungan.tapi bila nak masuk trimester ke 2 mula la start muntah2, loya , pening dan sebagainya.dugaan ibu mengandung.kena banyak bersabar.masa kandungan nak masuk 6 bulan doktor kata aku mengalami placenta previa type 2 ataupun uri bawah.so aku kena banyakkan berehat dan tak boleh angkat benda berat.jadi doktor bagi surat mengrahkan aku diberi light duty semasa bekerja.aku pun ditugaskan bekerja di kaunter appointment ja tak masuk dah buat keja x-ray kat bilik general dan bilik ct scan.masa tu start dari 7 bulan sampai la bersalin.alhamdulillah masa kandungan 36 minggu bila doktor scan kedudukan uri aku dah di atas dan doktor kata boleh bersalin normal.syukur alhamdulillah....

aku ambik cuti awal seminggu sebelum due date dan balik rumah mak abah di Alor Setar.due date bersalin 13.1.2015.semasa tarikh due date tu aku masih lagi belum rasa tanda-tanda nak bersalin..masih rileks pi jalan2 dengan mak abah dan adik2 pi beriadah di taman, pasar malam,mendengar kuliah di surau dan sebagainya.lepas pi scan lagi sekali kt klinik kesihatan di Alor Setar doktor bgtau kena masuk wad 19.1.2015 jika tak bersalin lg..almaklumlah dah lepas due date.masa pagi subuh 19.1.2015 hari yang aku nak kena masuk wad tu aku dah rasa sakit sikit iaitu mild contraction..masa tu kat rumah lagi..lps makan sepinggan nasi goreng yang mak aku masak suami aku bawaklah aku ke Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor Setar.

Sampai ja di PACS, aku pun diperiksa.bukaan dah 4 cm.doktor pun pecahkan air ketuban dan air ketuban yang putih jernih dah bercampur menjadi hijau.doktor kata anak aku dah tertelan najis.jadi aku pun ditolak ke labour room ..masa tu jantung berdegup kencang risau cmna la nak bersalin nanti.biasalah kan first experience..dup dap dup dap... suami pun nak masuk tunggu dan nak tengok kelahiran baby kami lalu dia diminta mengisi borang dulu sebelum dibenarkan masuk.masa aku ditolak ke labour room jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.aku dikehendaki baring dan kak nurse dan doktor sekali sekala melihat keadaan aku serta check bukaan .suamiku sesekali mengusap kepala dan menenangkanku.masa tu contraction makin kuat dan sakit yang taktau nak bgtau cmna.masa tu baru tau bukannya senang nak bersalin ni.semasa menunggu bukaan aku membaca ayat-ayat alquran dan berzikir.doktor tu bgtau kalau lambat buka juga mungkin kena operate..caesarian la..Alhamdulillah nasib aku baik sebab bukaan dah banyak dan doktor dah suruh aku meneran.kak  nurse pun suruh aku push dan tarik nafas perlahan lahan .

aku pun meneran la sekuat hati dan aku rasa banyak kali gak aku teran.lepas tu doktor bgatau kat suami aku suruh keluar sekejap sebab  depa nak guna forcep untuk menarik anak aku keluar dengan cepat.lagipun anak aku kan dah tertelan najis sendiri.anak aku keluar pada jam 11.56 pagi.masa anak aku keluar tu aku tak dengar pun dia menangis.aku jadi risau dan terus tanya doktor kenapa baby aku tak nangis pun.doktor kata takpa dalam mulut dia ada najis lebih baik dia tak nangis ..kalau baby aku nangis nanti najis makin banyak masuk dalam mulut dia.lepas baby aku diletakkan sekejap kat dada depa pun  terus pi bagi kat ayahnya suruh azankan..baby aku dimasukkan ke dalam NICU.untuk pengetahuan korang aku dapat anak lelaki.oh my son.


19.1.2015 ANAKKU LAHIR


lepas beberapa minit aku bersalin, doktor tengok muka dan anggota badanku pucat..tekanan darah makin rendah.hb low.depa pun panik dan lastly depa decide aku kena tambah darah.jadi doktor pun tambah la 1 beg darah .aku pun berehat lagi di labour room tu smpai la ke petang.anak dah masuk NICU yang ibu dia masih di labour room tunggu abis darah dimasukkan..pukul 4 petang mak aku mai masuk tolong suapkan makanan kat aku sebab suami aku baru pi solat kat surau.sebenarnya mak tak boleh masuk suami ja boleh masuk kat situ tapi disebabkan depa kesian tengok aku tak makan lagi depa pun benarkan mak aku masuk.
mertua aku yang mai dari penang pun tak boleh masuk tengok aku dan anak aku..maklumlah aku masih direhatkan di labour room lagi dan anak ada di NICU.pukul 7 petang barulah aku dimasukkan ke wad.

pertama kali bermalam di wad dan alhamdulillah aku dah bergelar ibu.satu perasaan yang tak tergambar oleh kata kata.semasa aku mengendong anak aku buat kali pertama rasa syahdu sungguh perasaan.berpeluang menjaga amanah Allah yang tak ternilai ni.esoknya 20.1.2016 aku dah boleh discharge dan bermulalah episod baru dalam hidupku menjaga anak dengan sepenuh hati.aku berpantang di rumah mak abah .kadang2 ada yg cakap hspital kerajaan tak layan pesakit mengandung macam hspital swasta..tapi bg pengalaman aku sendiri staff Hospital Sultanah Bahiyah memang baik melayan aku dan aku sangat berpuas hati..terima kasih ya doktor dan kak nurse sekalian..aku pun nak berterima kasih kat mak abah dan adik2 yang sama2 menjaga aku bila dalam pantang,buat suamiku terima kasih kerana mwmberi sepenuh sokongan semasa detik mengandung hinga melahirkan anak..tanpa abang tiadalah zuriat ni.alhamdulillah syukur atas segalanya..

begitulah coretan pengalaman aku mengandung dan bersalin anak pertama.setiap anak bukannya sama proses nak bersalin tu. lain anak lain caranya.tulah yang dibagitau oleh kawan-kawanku yang dah mempunyai ramai anak.









MUHAMMAD ARSYAD DAH SETAHUN 

No comments:

Powered by Blogger.