SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016

12:36



Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina
Malam Tahun Baru Cina di MeizhouChina
Juga dikenali sebagaiTahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Diraikan olehterutamanya tamadun Asia Timur
JenisChinakebudayaanagama Buddha
KepentinganHari pertama kalendar Cina(qamari)
Tarikh 201519 Februari
Tarikh 20168 Februari
Tarikh 201728 Januari
Sambutansambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan denganPerayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Tahun Baru Cina
Cina Tradisional:
農曆新年
Cina Ringkas:
农历新年
Maksud harfiah:tahun baru takwim qamari
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional:
春節
Tulisan Ringkas:
春节
Maksud harfiah:perayaan musim bunga

Tahun Baru Cina (Bahasa Inggeris: Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan




















Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik
  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.


Nasib Malang ("Tuah buruk")
  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

kalau orang melayu dapat duit raya bila berhari raya.orang cina dipanggil ang pau(duit raya)..kanak-kanak la orang yang paling gembira bila dapat duit kan..








No comments:

Powered by Blogger.