tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Sunday, 21 August 2016

ARTIFACTS PADA X-RAY FILEM?? APA TU??

artifacts adalah benda2 yang merupakan ciptaan manusia.artifacts pada x-ray filem pula bermaksud benda2 yang terdapat pada badan manusia seperti cincin,rantai,tali pinggang, subang, gelang dan banyak lagi.

kenapa perlu tanggalkan artifacts sebelum melakukan x-ray?
 # perlu ditanggalkan supaya x-ray mudah dibaca dan didiagnos oleh doktor yang merawat pesakit tersebut.contohnya jika pesakit tu ada mengalami retak (fracture) pada jarinya tetapi pesakit tu degil tak mahu tanggalkan cincin emas yang mahal pada jari tersebut makanya doktor tak dapat mengenalpasti betul ka berlakunya retak pada jari pesakit tersebut.pesakit tu mungkin bersangka tiada apa keretakan berlaku pada jarinya padahal ada retak..ha kan dah kena tanggung sakit plak akibat degil tak mau tanggalkan cincin hinggakan filem x-ray tak dapat dibaca dengan teliti oleh doktor.

cincin pada jari merupakan artifacts pada filem x-ray



betul ka x-ray boleh tembus walaupun adanya rantai besi yang kecik saja?
# untuk makluman semua, x-ray boleh menembusi besi,dinding,kertas dan benda yang dapat dilihat pada mata kasar.hasilnya jika tak ditanggalkan segala artifacts tersebut maka gambar x-ray yang dihasilkan tidak menepati kriteria yang sebenarnya..sebenarnya perlu dibuat semula atau orang kata repeat again the x-ray..ha kan kena x-ray banyak kali plak akibat kedegilan anda..  

sepanjang pengalaman aku bekerja ni, kebanyakan wanita yang perlu di x-ray dada (chest) kadang-kadang masih lagi tak tanggalkan rantai leher padahal dah diberitahu sebelum masuk bilik untuk tanggalkan pakaian tapi mungkin mereka buat2 dengar ja dan tak fokus.jadilah macam gambar di bawah ni..x-ray sekali dengan rantai leher.kami sebagai juru x-ray memang menghormati sesetengah wanita memang tak akan tanggalkan tudung semasa perlu di x-ray jadi kami tak perasan la ada gak yang lupa tanggalkan rantai.sebabnya dah diberitahu dan ingatkan paham dah..last2 ada lagi artifacts tu..adoyaii...kena repeat balik...ha kan dah kena radiasi lagi bila perlu di x-ray sekali lagi. 


artifacts iaitu rantai leher pada imej dada (chest x-ray)


oleh itu, saya ingin  menasihati kepada semua rakan-rakan yang perlu di x-ray dengarlah arahan kami daripada juru x-ray ni apabila disuruh menanggalkan segala barang perhiasan pada badan.nampak mudah tapi ada gak yang degil tak mau tanggalkan segala mak nenek barang yang dia pakai.hasilnya kami tak dapat berikan gambar filem x-ray yang berkualiti kepada doktor.marilah kita sama2 permudahkan kerja kita semua..anda beri kerjasama, kami pun dapat hasilkan kerja yang baik dan berkualiti.bak omputih kata give and take..heheeh.insyaallah.

ok , sekian dahulu entri ni...bye....


2 comments:

  1. good info. keep on sharing


    p.s suka tengok background blog..hehe ada ramarama la

    ReplyDelete
  2. thanks Cik Itah...kita baru nak bertatih tulis blog ni..heheeh

    ReplyDelete