tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Tuesday, 23 August 2016

TIPS MENGGUNAKAN SUSU FORMULA

makanan yang sangat berkhasiat kepada bayi merupakan susu ibu.susu ibu memang sangat digalakkan diberikan kepada bayi yang masih kecil.memang semua ibu,mak,mama,umi ataupun mummy sememangnya hendak memberikan anak mereka susu mereka sendiri.ada yang memang nak sangat beri susu ibu tapi susu yang terhasil tak banyak dan sangat sedikit sehingga ibu tersebut terpaksa juga mencari alternatif lain dengan memberikan susu formula.

aku juga tak terkecuali dengan dilema kekurangan susu apabila sudah mula bekerja walaupun masih mengepam susu pada tahun lepas.akhirnya aku terpaksa juga memberi susu formula kepada permata hatiku Muhammad Arsyad yang lahir pada bulan Januari 2015.sebabnya anak aku mula meragam apabila dia tak puas minum susuku.memang aku sangat sangat sedih tapi nak buat camna terpaksa campur susu gak.huhuhuhu..maafkan ibu sayang..ibu tak berkempatan untuk beri penyusuan esklusif semasa umurnya 6 bulan.mungkin boleh cuba lagi untuk adiknya pula nanti.insyaallah..





sepanjang pengalaman aku berbual dengan rakan-rakan dan golongan ibu..antara sebab-sebab bayi tidak dapat minum susu ibu adalah seperti di bawah ni :

  # susu ibu kering

   # buah dada tidak ada puting atau puting masuk ke dalam.oleh itu, semasa hamil ibu digalakkan mengurut buah dada bagi mengeluarkan puting untuk memudahkan bayi menghisapnya nanti.

    # ibu terpaksa mengambil ubat tertentu untuk mengubati penyakitnya..kalau diberikan susu badan plak nanti takut memberi kesan kepada anak yang masih kecil.

    # bayi itu sendiri tidak boleh atau tidak dapat menyusu kerana sakit mulut atau luka teruk pada mulutnya.

oleh itu, bayi terpaksa juga diberikan susu formula tetapi ingatlah jangan memberi sembarangan susu formula.kadang-kadang ada bayi yang alergik tidak boleh minum susu formula yang biasa dan perlu diberi susu formula berasaskan soya.cara mebancuh susu formula perlu dilakukan sukatan yang betul bagi mengelakkan bayi mendapat kesan sampingan.

di sini saya kongsikan tips menggunakan susu formula

~ basuh tangan sebelum memegang botol atau ketika hendak membancuh susu

~ gunakan sebelum tarikh luput

~ cuci dengan bersih dan steril botol dan peralatannya

~ jangan besarkan lubang puting untuk mengelakkan risiko bayi tercekik

~ penyediaan susu mengikut saranan pada label.berhati-hatilah anda kerana bancuhan yang cair boleh menganggu perkembangan dan nutrisi bayi dan jika terlalu pekat boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah buah pinggang

~ jangan simpan atau sejukkan susu formula yang telah dibancuh

~ jangan panaskan susu dalam microwave.suhu mungkin tidak sekata hingga boleh menyebabkan mulut bayi anda melecur walaupun botol dirasakan sudah sejuk.gunakan warmer jika perlu. 



walaubagaimanapun, jika si ibu mempunyai peluang menyusu bayi secara penyusuan eksklusif adalah lebih digalakkan ..janganlah kerana nak cantik dan takut buah dada anda menggelebeh anda tidak mahu menyusu anak anda..menyusu bayi anda sendiri boleh menjadikan anda maintain slim ooo...kalau tidak berpeluang menyusu badan sepenuhnya tak mengapa janganlah rasa rendah diri pula sebab anda semua dah berusaha tetapi mungin tiada rezeki susu melimpah macam orang lain..mungkin ada rezeki untuk anak seterusnya pula kan...

ok sekian dahulu entri ni..moga bermanfaat ye..






No comments:

Post a Comment