PENGALAMANKU X-RAY KAKI PESAKIT DIABETES

untuk pengetahuan semua pesakit yang menghidap kencing manis ataupun bahasa saintifiknya diabetes jika kena x-ray kaki maka aku sebagai jurux-ray kena bersiap sedialah..ha sebab apa aku cakap camtu?ini kerana kaki pesakit diabetes selalunya mempunyai bau yang kurang menyenangkan..ooo sangat berbau..kadang2 aku macam nak termuntah ja..tapi nasib baik dapat bertahan lagi walaupun pakai face mask tapi tetap berbau juga. nauzubillah.sabo je la kan.

x-ray of foot diabetic patient




pesakit diabetes kebanyakannya kaki depa dah jadi buruk..mungkin disebabkan kurangnya insulin yang terhasil dalam badan.tu la kan depa kena suntik insulin setiap hari.jadi, sekiranya sesiapa yang baru terkena penyakit kencing manis ni beringatlah supaya jaga diri elok2 sebab kalau kaki terluka memang lambat sembuh.silap2 kaki tu boleh jadi busuk, buruk dan berair plak...ya Allah minta dijauhkan la semua ni.



kaki pesakit diabetes ada yang makin teruk..yang mana sampai tulang pun jadi rapuh dan tiada tulang.tu yang terlampau kronik sangat la sampai orang tua kata kencing manis sampai makan kaki dah.janganlah sampai kena potong kaki.sangat kesian disebabkan kita tak kawal makan akhirnya kaki hilang kena potong akibat diabetes yang kronik.jagalah kesihatan anda..beringatlah wahai teman.

aku menulis entri bukanlah tujuan untuk menghina orang yang menghidap diabetes ..tidak sama skali cuma hanya nak berkongsi pengalaman x-ray kaki mereka.moga kita jadikan iktibar supaya menjaga kesihatan diri.




4 comments:

  1. mintak dijauhkan dari penyakit diabetes ni..seram tengok

    ReplyDelete
  2. ya..memang seram..jadi, jagalah kesihatan diri anda Cik Itah

    ReplyDelete
  3. Ena rawat pesakit2 ena masa praktikal dulu, memang ena paling takut dengan diabetes ni. Takut kena diri sendiri. Takut kena potong kaki bagai. Allahu, minta dijauhkan. Jagalah pemakanan

    ReplyDelete
  4. INA AINAA ...tulah kita kena menjaga kesihatan diri...janganlah makan manis-manis sangat..huhuhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.