tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Saturday, 13 August 2016

REVIEW RADIO DIGITAL

irama dan lagu tak dapat dipisahkan..aku suka mendengar muzik tak kira la nasyid ka lagu2 melayu hits balada, rock, dan sebagainya..satu hari tu aku tertarik dengan satu post kat Facebook berkaitan radio digital..dah lama aku cari radio ni. yang iklankan radio digital ni kat Facebook adalah pemilik nama fb Resepi Comel.harganya juga berpatutan hanya Rm65 sahaja sekali free Usb,Free memory sekali pos..radio ni beli secara online shopping.


  

radio ni mengandungi bacaan alQuran, tafsir, doa, zikir,nasyid,ceramah,selawat, qasidah dan lagu nasyid kanak-kanak. bila kita nak mendengar ceramah kita tengok ja kod pada kertas kandungan yang diberikan dan terus tekan sahaja kod tersebut pada radio bersama butang play.

yang seronoknya adanya kandungan semua surah dalam alQuran ada dalam radio digital ni..alhamdulillah kadang2 tak sempat baca quran, dengar alunan ayat suci alquran pun takpa dah.dapat gak ganjaran pahala..insyaallah.

antara kandungan ceramah dalam radio tersebut disampaikan oleh 

# Ustaz Kazim Elias
# Ustaz Azhar Idrus
# Ustaz Abdulllah Khairi
# Ustaz Haslin Baharin(Bollywood)
# Ustaz Dr Asri Zainul Abidin
# Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani
# Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
# Ustaz Dato Abu Hassan Din
# Ustaz Dato Ismail Kamus
Ustaz Dato Dr Harun Din
# Ustaz Haryanto Rizal Rokman
# Ustaz Syed Norhisham

lagu-lagu nasyid pula adalah daripada kumpulan Raihan, Rabbani, Hijjaz,Inteam,Maher Zain dan sebagainya.selain adanya lagu nasyid kanak-kanak, lagu lain lagu kanak-kanak Didi & Friends pun ada.apa lagi sekali sekala bukalah dan dengarkan lagu Didi tu kat anakku..berjoget dan menari syoklah dia..hehehee..kelakarlah pula tengok gayanya menari..anak oh anak..tersenyum riang walaupun hanyalah dengar lagu tanpa melihat kartun pun.ha boleh plak kan..guna deria telinga untuk mendengar ja.

.aku pun turut sama menghadiahkan radio digital ni kat mak abah kat kampung..sorang satu plak tu..hehe..ye la kan kadang2 abah bawak radio pi tempat keja dia, jadi mak tak dapat la nak dengar kan..jadi aku pun belikan sorang satu..

sekian sahaja entriku berkaitan radio digital.

2 comments:

  1. Menarik rupanya radio digital ini... Selalu gak nampak orang share tapi tak detail..

    ReplyDelete
  2. ya..memang sangat menarik..syok dengar lagu dan ceramah..Shahida Dzulkafli

    ReplyDelete