tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Tuesday, 16 August 2016

BEST KE TAK ONCALL/SHIF MALAM??

Oncall ~ kerja lebih masa selepas waktu pejabat.standby.bila diperlukan perlu datang semula ke tempat keja.boleh claim duit mengikut rate yang telah ditetapkan.dapat tambah duit poket selain daripada dapat duit gaji.alhamdulillah.



sebagai seorang jurux-ray aku turut mengalami sistem oncall untuk bertugas di dewan bedah.kes yang perlukan x-ray memang memerlukan jurux-ray untuk berada di sana untuk mengambil gambar x-ray pesakit tersebut.bila kami diperlukan , staff dewan bedah akan menghubungi kami untuk datang ke hospital.kadang2 tengah malam sedang lena diulit mimpi terdengar deringan telefon untuk memerlukan aku bertugas di dewan bedah..nak tak nak bangun gak la untuk menjalankan tugas x-ray di sana.mengantuk gak tapi nak wat camna dah memang dalam jadual aku oncall, jadi tabahkan hati mai gak la.hanya orang yang pernah mengalami oncall bila dipanggil tengah2 malam ja faham perasaan aku camna kan.selalunya staff yang bertugas di hospital la kan.




Shif malam ~  bekerja pada waktu malam..aku bekerja pada waktu malam ni kadang2 rasa bahagia ja sebab kadang2 pesakit tak ramai.tapi, kadang2 tak sempat nak duduk pun sebab pesakit ramai sangat yang mai nak buat x-ray.bergantung pada keadaan semasa la.rezeki masing2..tak tentu gak.cuma keja malam ni perlukan mata yang segar la nak buat keja tu sebab kalau tak cukup tido tapi kena keja malam satgi kita yang tak larat nak buat x-ray tambah2 lagi kalau pesakit ramai plak.jadi ting tong sat satgi bukan apa banyak buat silap plak.haa jaga2...hati2..aku keja di Hospital Kulim ni keja malam ada 2 orang ja yang dok di department 1 juruxray bertugas di bilik general dan 1 orang pembantu perawatan kesihatan.jadi kalau banyak buat silap jenuh la nak repeat balik sebab tak dak member yang boleh tolong.huhuhu..jadi rehatlah secukupnya bila nak mai keja malam ni.

bagi pendapat aku la kan keja malam/oncall best gak sebabnya

~  melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin melakukan kerja walaupun perlu berjaga malam
~ dapat  mempersiapkan diri bersedia menghadapi cabaran dan rintangan pada waktu malam
~  dapat menanamkan semangat bekerjasama dalam satu pasukan contohnya jurux-ray dan pembantu perawatan kesihatan perlu bekerjasama melakukan kerja.jurux-ray buat kerja x-ray pesakit manakala pembantu perawatan kesihatan mencuci filem dan register pesakit.
~ dapat menjadi seseorang yang dapat membiasakan diri bekerja pada waktu malam walaupun di kala ini orang lain sedang nyenyak tido diulit mimpi indah..yang kita dok tengah keja terkontang kanting buat kes x-ray..sabar ye..tabahkan hati.besar ganjarannya membantu orang yang sakit yang perlukan x-ray untuk mengetahui keadaan dirinya.

sekian dahulu ye entri ini..wassalam :)




2 comments:

  1. Perkongsian yang menarik.. Salam perkenalan..

    ReplyDelete
  2. hehee...terima kasih Shahida Dzulkafli..kita baru nak merangkak nak menulis blog ni..

    ReplyDelete