tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Wednesday, 24 August 2016

TIPS BUAT IBU SIBUK YANG BEKERJA SHIF

sekarang ni golongan ibu turut sama bekerja membantu meringankan beban suami..ada yang bekerja waktu kerja biasa dan ada juga yang bekerja shif.aku pun kadang ada juga kena kerja shif almaklumlah penjawat awam yang bekerja di hospital kerajaan..semestinya ada shif juga..di sini aku ingin kongsikan tips buat ibu yang sibuk bekerja shif :



# gunakan kesempatan masa yang anda untuk bersama anak-anak anda.

#sesekali ambillah cuti bagi meluangkan masa bersama anak anda.anak anda mesti seronok ibunya ada memberi perhatian kepadanya

#ketika memandu kenderaan dalam perjalanan menghantar anak anda ke sekolah atau tusyen ka manfaatkan masa yang anda dengan berbual mereka.

#sebelum pi bekerja berilah ciuman dan dakap anak anda setiap hari dengan mengatakan ibu sayang mereka

#sediakan makanan di rumah dan ambil masa untuk makan bersama satu keluarga bagi mengeratkan silaturahim.air tangan anda merupakan pengikat kasih sayang sekeluarga

#jika berkesempatan, luangkan masa membaca buku cerita kepada anak-anak anda

#alunkan ayat2 suci alQuran secara perlahan ketika anak anda sedang nyenyak tidur

#cuba bertanya masalah apa yang dihadapi oleh anak anda apabila berada di sekolah dan memberi kata-kata nasihat dan perangsang untuk tekun belajar

#sentiasa menjelaskan ibu keluar bekerja untuk kebahagiaan rumah tangga bagi memperoleh rezeki yang halal dan bukannya saja suka-suka tinggalkan mereka kepada pengasuh

sebagai ibu yang bekerjaya kita juga hendaklah menjaga maruah suami dan keluarga..barulah dapat keberkatan rezeki bekerja tu..ok, sekian..




No comments:

Post a Comment