tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Friday, 26 August 2016

MUAR DALAM KENANGAN..OH RINDUNYA!!!

Assalamualaikum...sebenarnya aku nak mengimbau semula kenangan berada di Muar, salah satu daerah di negeri Johor Darul Takzim..kiranya macam flashback semula la..hehee..

Untuk pengetahuan korang, first tempat posting masa mula2 aku kerja sebagai jurux-ray adalah di Muar.masa mula2 dapat surat penempatan untuk aku kerja adalah di Johor..jadi aku pun pi la lapor diri dulu kat Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 2 April 2012.sebelum nak pi sana memang aku sangat2 terkejut sebab aku dicampaknya di negeri hujung semenanjung Malaysia.memang menangis meraung la sebab jauhnya daripda mak abah dan famili aku.camna aku nak balik nanti..bukannya dekat cek oii..beribu ribu kilometer tu..masa study takpalah kat Mahsa, Petaling Jaya saja..lepas pi lapor diri akhirnya aku ditempatkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah(HPSF), Muar.alhamdulillah lega tak dapat kat Johor Bahru..Muar dah dekat dengan Melaka dah..syukur alhamdulillah.

banyak pengalaman pahit dan manis semasa di sana.kat sanalah aku belajar berdikari pi mana-mana pun dengan motor skuter Yamaha LC yang dibeli untuk memudahkan aku bergerak pergi balik ke tempat keja.masa tu aku tak pandai drive kereta lagi jadinya beli motor dulu la..lagipun rumah sewa aku jalan nak masuk tu agak sempit..muat2 ja kenderaan lalu lalang.alhamdulillah aku berjaya harungi kehidupan di sana dengan adanya rakan sekerja, jiran dan rakan serumah yang baik hati, peramah dan rajin membantu aku di kala susah dan senang.alhamdulillah syukur dipertemukan dengan mereka. kalau nak sebut nama jenuh la..ramai kot tapi my BFF ada 2 orang ja Syahira dan Intan.yang lain tu kawanlah juga tapi tak serapat dengan diaorang berdua ni.masing2 BFF tu dah kawin dan masih lagi bekerja di HPSF.

aku bekerja di HPSF, Muar taklah lama sangat pun..nak dekat setahun lebih ja.bos aku aka ketua jurux-ray Puan Nani yang memang baik hati membenar dan dan melepaskan aku bertukar ke negeri kelahiranku ,Kedah.rakan-rakan sekerja memang sangat baik dan selalu membantu aku semasa aku bekerja di jabatan x-ray  HPSF.kakak senior sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku jika aku tak tau sesuatu perkara.semua modaliti seperti MRI, CT SCAN, MAMMOGRAM , ULTRASOUND, C-ARM II dan FLUROSKOPI ada di sini.aku tak sempat belajar MRI sebabnya baru dipasang sahaja kat sana dan ada team MRI dulu.yang aku dapat belajar sekejap adalah mammogram dan ct scan..tapi taklah dapat tau semua lagi sebab aku bertukar plak ke Kedah lepas setahun lebih bekerja di sana.

makanan kat Muar tu yang aku tak boleh lupa tempe, pisang goreng cicah sambal hitam,mee bandung dan makanan Jawa.memang best macam2 aku belajar makan kat sana sehinggakan dulu aku tak suka makan tempe..akhirnya bila dok di Muar aku dapat makan tempe dengan jayanya..hehehee..tahniah buat diriku makanan yang tak suka dah boleh telan masuk perut..hikhikhik...


roster harian di jabatan x-ray


macam kenangan pahit dan manis sepanjang aku berada di Muar ni.aku tak boleh lupa adanya surprise birthday party aku pada 26 April 2013.tepat jam 12 tengah malam aku dah lena tido, tiba2 adik-adik student praktikal yang juga tinggal serumah denganku memanggil dan mengejutku..aku hairan pasaipa plak kejutkan aku tengah lena tido dibuai mimpi.tak perasan plak rupanya dah masuk hari birthday aku.bila aku buka pintu bilik ja depa ramai2 nyanyikan lagu 'hepi birthday to u' kat aku..oh terharunya saat tu ada juga orang ingat birthday aku walaupun aku dok jauh daripada famili.student praktikal yang dok depan rumah aku pun ada sekali.pandai no depa pakat nak sambut birthday aku..terima kasih banyak2 la adik-adik sekalian.tulah the first and last time ada orang surprisekan aku time birthday tengah2 malam buta..kenangan mengusik kalbu betoi la.

my birthday cake

antara adik-adik student praktikal yang sambut birthdayku malam tu..thanks my dear

masa aku nak pindah tu staff jabatan x-ray HPSF adakan jamuan perpisahan untuk aku dan seorang doktor yang juga akan bertukar sepertiku.kebetulan nak sambut birthday staff yang lahir pada bulan April dan May sekali.masa tu tarikhnya 15 Mei 2013.macam2 makanan la ada..memang kenyang la aku ari tu.ada kek Secret Recipe lagi tu..alhamdulillah..aku bertuah kerana ketua jabatan doktor Pakar Radiologi Dr Laili Suriani yang menyampaikan hadiah daripada jabatan kepada aku..besar gak hadiah tu.terima kasih semua.

Dr Laili memberi hadiah kepadaku

rakan sekerja

masing-masing tengah tengok rakan yang sambut birthday potong kek

besarnya hadiah..DAPAT APA YE??

ha ni dia hadiahnya..cermin dan kotak simpanan barang

sekian dahulu entri ni.pejam celik pejam celik dah 4 tahun berlalu.aku pun dah lama tak menjejakkan kaki di Muar sejak balik dok Kedah.Insyaallah ada masa nak juga aku pi sana jumpa kawan-kawan aku yang masih bekerja di sana lagi.kalau ada kesempatan laa.ok, tadaa..BYE BYE

No comments:

Post a Comment