REVIEW KOMIK MENJADI PENGHIBUR HATIKU ..LAYAN BEB!!

komik merupakan buku yang mempunyai ilustrasi kartun.selalunya golongan kanak-kanak paling suka membaca komik.tapi jangan tak tau orang dewasa juga ada  yang suka membaca komik gak.komik yang bersiri selalunya golongan remaja yang suka membacanya..Naruto, Dragon Ball, dan banyak lagi yang berada di pasaran.aku pun suka baca komik untuk hilangkan stress..seronok melihat kartun yang bermacam gaya, dialog dan ada yang berwarna warni.memang best..

aku tabik spring kat kartunis yang pandai melukis pelbagai gaya kartun..bukan senang nak melukis ooii..aku tak pandai la melukis kartun bagai ni..suka tengok karya orang ja.kadang2 ada yang nampak comel ja...




gambar di atas ni merupakan antara komik yang aku pinjam di perpustakaan Kulim.ampa semua kenai dak kartun Rosli ni?? sapa yang dulu  yang membaca surat khabar Utusan Malaysia memang akan kenal lagi kartun Rosli ni.ni merupakan kompilasi kartun Hello Bos ni..cerita bagaimana Rosli yang merupakan salah seorang pekerja yang banyak ragam di pejabat.ada ja yang tak kena kat dia ni.kat pejabat ni pakat nak tackle Liza secretary Bos.kartun ni dah disiarkan sejak tahun 1991 lagi..lama dah kan.tabik spring kat kartunis yang hasilkan kartun Hello Bos iaitu kartunis yang bernama Dee.tahniah anda berjaya hasilkan karya yang bermutu tinggi dan ada juga memberi pengajaran dan iktibar yang dapat diperoleh melalui kartun ni.






Komik di atas ni pun aku pinjam di perpustakaan Kulim juga.komik ni merupakan komik english..perkataan english yang mudah dan senang difahami.komik ni merupakan karya dari kartunis Singapura..komik ni berkisar cerita di sebalik Eva seorang wanita bersama dengan Kopi dan Matcha (imaginary pets).kebanyakan jalan cerita dalam komik ni mengisahkan perbandingan kehidupan sosial di Singapura dan negara matahari terbit iaitu Jepun.kartunis dulu mempunyai pengalaman tersendiri di negara Jepun.



buku ni pun aku pinjam di perpustakaan Kulim.ni merupakan buku cerita yang mempunyai ilustrasi kartun untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan penulis Jeff Kinney..buku ni pun merupakan buku english yang bertajuk Diary of Wimpy Kid The Ugly Truth.mengisahkan budak lelaki yang bernama Greg Heffley yang semakin membesar dan bermacam dugaan yang ditempuhi bersama kawan baiknya iaitu Rowley.mereka sama2 menghadapinya dengan tenang.

aku memang minat membaca.tak kira la majalah ka, novel,komik, blog dan sebagainya..takpa yang penting biasakan diri dengan budaya membaca supaya anak2 kita pun terpengaruh sama dengan kita.insyaallah banyak manfaat yang akan diperoleh.input2 berguna dapat juga kita ketahui.

oklah, sekain dahulu entri ni..BYE..
SELAMAT MEMBACA
JOM MEMBACA 



2 comments:

Powered by Blogger.